Sunday 26 February 2012

Felis Silvestris Catus


Kucing domestik pada asalnya digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Kini, ia menjadi pilihan ramai sebagai binatang peliharaan. Mungkin kerana cara respon dan sifatnya yang suka bermanja-manja dengan tuannya. Namun, sesetengah daripada kita tidak memberi layanan yang sepatutnya, dan lebih malang lagi ia dikurung, diseksa. Ada sebuah hadith, 

Daripada Abdullah bin Umar R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda : “Ada seorang perempuan diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga kucing itu mati. Wanita itu masuk ke dalam neraka. Dia tidak memberi makanan dan minuman ketika dia mengurung kucing itu. Dia juga tidak suka melepaskan kucing itu untuk bebas memakan serangga kecil yang melata di bumi” 
(HR Bukhari dan Muslim)